Pages

Wednesday 30 November 2016

My Favourite Games lolol..

Assalamualaikum Dunia..

Hi Uollss,, Aq datang lagi malam ni untuk meluahkan rasa hati ececey.. hehe

Erm Actually, sebelum ni aq ade janji nak cerita pasal kehidupan aq kat kolej Matrikulasi an?
Sory Gaiss, bukan aq tak nak cite tapi gambar aq tak buat masuk dalam Lappy agi. Maless donkk!!!

So, malam ni aq nak tulis pasal Favoraitt game yg aq suke sangat2 main jela eh eh..huhu Jangan Maraa.. :P

Ok, first! the game's name is IMVU.

Sebenornye aq tak berapa nak suke sangat nak heboh pasal game ni dekat orang ramai sebab game ni kalau korang silap main boleh jadik dosa pulak nanti so Behave! ye Gaiss bile nak main game ni. I risau tau takk U. Auch!

Mesti korang pelik an, kenapa tibe2 nak jadi dosa pulak? .-. krik2

Ok, kalau korang nak tahu game ni adalah social game yg mane korang boleh communicate dengan macam2 orang. dan Game ni bukan saje boleh communicate tapi boleh beraction gak like Kiss,Slap,Dance and more lah. Not that thing only but many more***** korang fhm2 laa kite boleh buat macam2 dalam tu like us in a real life. Wahh! Dahsyat tak? huhu that what i mean behave urself when play this game. Don't be too LAGHO!!

Dah tu kenapa hang duk recommend game ni kalau tau buruk???

Wait gaiss, I tak paksa kayy I cume nk cerita pasal Hobby I je kayy..

Korang bukan main game untuk buat benda tak berfaedah dan melagho kan tu pun kan. Thats why i said, Behave urself! Janganlah main game tu semata-mata nak buat benda bodoh pulak.

Kalau aq suke main game tu coz aq boleh isi masa lapang aq dengan kawan2. like talking, lepak or study. Haa like that. we can make many friends in there. Cayelah gamers2 dalam tu mmg sporting gilee. Orang Malaysia jelaa kayy bangsa lain aq tak tauu huhu. Tapi ade je orang luar negara yang baik2.tapi kebanyakkannya org Gile laa kalau org2 luar nie..Eeww xleh ingat aq. *nok mutohh*

Keh, nak share pic skit. boleh la korang imagine skit an..huhu


Haa, tu Avi aku . huhu

Cantik tak? huhu. Soryy Shekshi skit paha. haha
Maklumlah kite tak kaya nak beli baju banyak2. T-shirt camtu je yang mampu .uhuhuk.

Haa korang boleh la tengok cane design game ni kat dalam. Btw, sebelum tu korang kena logging dulu, Sory, tak sempat nak snap bahagian depan. huhu korang download la sendiri boleh la tu bukak.


yg ni tempat untuk pilih room mane korang nak. kalau nak pi room Mlaysia type je kat sebelah tuu. Alah, kalau korang dah main konfem pandai punye. tapi better korang pi room malaysia la coz klau room org luar bnyak benda yang tak molek.

ok next jom kite tgok room dia pulak huhu



Haa ni pulak room yg biasenya aq suke lepak ngan kawan2 tapi mase ni kawan2 aq x on sian an? :') duk sorang jaa. Tapi kalau aq suke je duk sorang boleh melayan perasaan dengar laguu. Haa cakap pasal laguu, Game ni pun kita boleh degar lagu dalam nye. Lagu orang putih, Malaysia, Korea mcm arr.. tapi atas owner yang letak lagu dalam room diorang ar. huhu

Ok, next gaiss



Haa, This is how we lepak2 huhu

Mase ni aq duk lepak ngan kawan2 dalam my Favourite rite ritee roomm..hehe
Dlam room ni best au coz die ade lagu yang aq suke. Western song huhu.
Ceyy nak western2 plakk..igt makanan ke.. kakah

Whatever!

Banyak lagi benda yang nak ditunjuk tapi aq dah lenguss menaip dah nie. btw, Now pun aq tengah melepak ni >.< haha. sebab tu duk lenguh ni kejap layan diorang pastu mai blog balikk huihh..

Takk ke berpeluh ketiak makk.. ehek!

K la Gaiss, Cukup sampai sini jela aq sharing pasal game ni dengan korang, nak tahu ape2 lagi pasal benda ni boleh tanye aq dekat comment dibawah. huhu

Bye Peepss :*







Tuesday 22 November 2016

Tips manfaatkan minggu sebelum exam ^^

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera kepada semua.

 Alhamdulillah hari ini aku diberi kesempatan lagi untuk menulis serba sedikit entry di blog yang dah lame berhabok ni. Al maklumlah kan sekarang orang ni dah jadi student Matriks. huhu. So,bak kata orang budak2 matrik ni kan busy kena rushing bagaii. haa betollah tuu. huhu.



Aq senanya nak la jugak tulis entry pasal macam mana kehidupan di matrik, mesti ramai yang nak tahu an? takpe2 aq akan manfaatkan cuti sem aq 3 mnggu ni untuk cerita semua pasal matrik tapi hari ni aq just nak share tips macam mane nak hadapi study week sebelum exam. Alaa, korang yg bace ni mesti semua student an kalau tak, takkanla search entry camni..

Ok,first thing yang korang kena manfaatkan masa study weeks is...


  • BUAT TIMETABLE 


Haa point ni penting sangat2! Ingat, setiap student tak kira la student ape2 pon mesti kena ada jadual mereka sendiri sebab kita ni manusia yang mudah lupa. Cuba korang fikir, kalau korang tak buat jadual, korang takkan dapat manage untuk tekankan subjek yang korang sukar nak fahami.

Aq bagi contoh diri aq la kan, aq kalau tak buat jadual aq akan buat latihan untuk subjek yang aq minat lebih berbanding dengan subjek lain sebab aq rasa subjek lain tu aq tak boleh faham dan susah nak buat. So, masa exam subjek yang aq tak faham tu la yang aq selalu FAIL!

Jadi, korang kenalah pandai membahagikan masa untuk study lebih sikit untuk subjek yang korang tak faham, tapi jangan tinggalkan pulak subjek yang korang dah faham tu. Buat revision jugak ye.

Seterusnya adalah..


  • BANGUN AWAL PAGI DAN BUAT AMAL IBADAT 


Ok, point ni pun penting jugak kerana kita sebagai seorang yang sedang berjuang untuk menuntut ilmu ni perlu kebergantungan yang tinggi kepada Allah. kerana masa ni la syaitan banyak menghasut,menggoda, mengacau dan bermacam meng meng lagi laa..

sebabtu la masa nak exam camni banyak yang kena histeria laa, stress sampai nak bunuh diri la, macam2 lagi laa..haa ni golongan2 yang iman dia tak berapa nak kuat la ni. So, manfaatkan masa korang untuk belek sikit Al-Quran, buat solat sunat barulah jati diri kita tu teguh dan kuat untuk belajar.  kan?

then..

  • PILIH WAKTU YANG OTAK KORANG AKTIF UNTUK BELAJAR

Masa korang nak belajar tu, make sure benda yang korang study tu dijamin masuk dalam kepala otak korang. Jangan pulak buat syarat kena bukak buku je ape benda yang korang study sepatah habok tak masuk buat ape kan. buat rugi masa jer.

Setiap orang mesti ada masa yang diorang boleh masuk bila study waktu tu, ada yang suka study lewat malam ada yang suka bangun awal pagi. itu ikut jenis orang la, kalau aq ni waktu aktif aq lepas maghrib hingga pkul 11.30 and aq akan tido dan bangun pulak awal pagi. huhu

Akhir sekali, beberapa point ni

  • Jumpa lecturer korang untuk bertanyakan soalan.


korang jangan fikir, jumpa lecturer ni buang mase tau sebab dengan kita bertanya ni laa kita akan tahu apa yang kita tak faham, tapi sebelum jumpa tu cari dulu soalan2 yang korang tak boleh buat. Malam tu try dlu buat latihan, kalau tak nanti korang tak tahu nak tanya ape.Satu lagi bile kita jumpa guru kita ni, keberkatan tu lebih terbuka tau. So, jangan malu2 nak pergi tanya lecturer korang.

  • buat study group untuk subjek2 yang korang rasa perlu dibincang.


Study group ni penting sangat kalau kita belajar, nak tahu sebab apa? korang pernah baca tak satu artikel yang mengatakan 70% ilmu yang kita belajar datang daripada dalam kelas. tuu kalau korang fokus la, haa ni same la kalau buat study group, dia ibaratkan kita belajar dalam kelas ramai2 and ada two way communication dengan orang yang mengajar kat depan.

Study group ni kita boleh buat macam2 cara tau, contohnya.. korang boleh bahagi2kan tajuk setiap sorang dari group korang and mintak diorang mengajar kat depan. ape2 soalan korang lontarkan je kat diorang kalau semua tak faham, catat and esok korang boleh tanya lecturer korang.

  • Telefon mak ayah korang banyak2

kalau korang rasa macam tak boleh nak study ke malas ke, telefon mak ayah korang mintak kata2 semangat InshaAllah hati kita terbuka untuk belajar balik. Jangan lupa minta mak ayah korang doakan korang selalu.

  • Jauhi masalah dengan kawan2

Masa nak exam ni jangan cari masalah dengan sape2 pun. ye la kan masa nak exam ni la emosi kita tak stabil so, cakap sikit mesti rasa nak melenting kan? Jadi, banyakkan bersabar kalau ada jenis kawan2 yang suka menyakitkan hati kita itu, try jangan cari gaduh dengan dia sebab ini akan menggangu konsentrasi korang bila nak belajar.

  • Jauhi gajet2 yang menghilangkan fokus anda bila nak study

Haa, point ni la biasanye anak2 melayu kita susah nak ikut. lebih2 lagi orang yang ada buah hati tu, mana boleh berenggang lame2 an?. Jadi, masa korang nak study try letak jauh2 gajet korang tu, One more thing, jangan cuba2 nak dengar lagu masa koran study sebab aq boleh gerenti takkan masuk punye kalau korang dengar lagu caye lah.

Ok, aq rasa tu jela kot tips yang aq boleh bagi kat korang . Ade lagi senanya tapi tak larat nak tulis panjang2 nanti la kalau ada masa aq sambung balik. ^^

I'll Stop here. Hope u're enjoy it . GoodBye :*