Pages

Friday 25 August 2017

ALL ABOUT BRACES HERE!



Makanan yang boleh dimakan dalam 1 minggu pertama memakai Braces..

Assalamualaikum..

Harini aq nak share sikit makanan apa yang korang boleh makan sewaktu dala tempoh seminggu yang pertama memakai braces..

1.PORRIDGE/BUBUR



Bubur memang makanan utama laa bagi aq sewaktu mula-mula pakai braces sebab korang xboleh nak mengunyah pun sebab sakit.

2.BOIL EGGS/TELUR REBUS


Haa..Yang ni korang boleh laa makan sebab dia lembut..campur dengan kicap lagi best! huhu

3.NOODLES/MEE


Kalau yang jenis Mee macam ni boleh jugak sebab dia lembut tapi lepas maka korang kena berus gigi laa sebab dia melekat haha..

4.RICE/NASI

Nasi korang boleh jer makan tapi tanak laa nasi tu biar lembut sikit biar senang korang nak kunyah tapi makan nasi ni memang melekat laa dekat gigi..kena berus jugak gigi tu lepas makan..

5.FRUITS/BUAH-BUAHAN

Antara buah-buahan yang menjadi pilihan aq adalah:

*WATERMELON/TEMBIKAI

*BANANAS/PISANG


Dua buah ni paling senang nak makan sebab dia lembut tapi make sure potong laa kecik2 sebab mase ni memang gigi depan korang xboleh gigit pon...gigi rahang ja yang berguna haha..


Haa tu jela aq nak share harini..GOODLUCK! and have a nice day :)

Sunday 20 August 2017

Aku dah pakai bracess ^^

Assalamulaikum..

Huih, nak dekat sebulan jugak tak post entry ni hehe.
Bukan ape sebenarnya sejak kebelakangan ini aq busy nak uruskan itu ini..Almaklumlah dah nak masuk U kan..hehe

Alhamdulillah aq dapat jugak UPSI..Universiti yang aq idam-idamkan selama ini :D

Ok Entry harini bukan nak cite pasal Universiti tapi untuk makluman semua, aq dah pakai BRACESS!! yeayy!!

Aq dah pakai ni lebih kurang seminggu lebih dahh..hehe. Mulanya nak bagitahu mase first day tu lagi tapi disebabkan takde masa and gigi aq pon tengah berdenyut-denyut masa tu So, aq malas lagi nak menuliss..

Entry harini aq just nak share ape yang aq dah hadap sepanjang proses aq nak pakai braces tu ye..So, bagi korang2 yang berkeinginan nak pakai braces tuu boleh laa datang menyinggah dekat blog tak seberapa ni ye..



FIRST DAY THAT I GO TO CLINIC..

Setelah dah survey2 klinik2 yang ada menyedikan khidmat pemasangan braces ni, akhirnya jumpa la jugak satu klinik ni yang mana waktu ini diorang tengah adakan promosi..So, harga untuk pemasangan tu takdelah mahal sangat kan..Apelagi dekat Negeri Terengganu ni..Susah tau nak cari klinik braces di Kuala Terengganu ni..

So, aq pon pergilah dengan Abah aq ke klinik tu untuk bertanya and Alhamdulillah harga dia pun affordable iaitu untuk kesuluruhan pemasangan braces hanya RM3800 sahaja..So, pada hari yang sama aq terus ambik Acuhan untuk gigi aq..Haritu just acuhan jer and Doc adela explain sikit kenapa aq kena pakai bracess..Dia cakap yang gigi aq ni lebih besar dari rahang sebab tu dia sedikit jongang kedepan..Gigi aq ni yang atas la teruk sikit, yang bawah cuma senget sikit jer tapi doc cakap buat jela dua2 sebab gigi aq yang bawah pun tak centre..klu nak lebih lawa biar dua2 center and teratur..So, abah aq pon On jelah..

Then, Doc bagitahu yang aq kena cabut tiga batang gigi..bahagian ats dua dan bawah satu..dia suruh aq datang bila-bila je aq nak sebelum tarikh pemasangan aq tapi lebih baik datang dalam 2 minggu lagi nak pakai sebab nnti takut aq malu pulak gigi rongakkan haha..

So, aq pon disuruh tunggu kat  luar selepas dia ambik acuhan..

SEWAKTU ACUHAN DI AMBIL..

masa dia mabik acuhan tu aq kena nganga luas2 lepas tu dia masukkan besi ape entah..adela sebesar mulut kau disertai dengan tanah liat yang diacuh kat dalam tuu..lepas dia msukkan then dia tunggu dalam lebih kurang 1 minit kot untuk tanah liat tu kering then dia keluarkan..terbentuklah gigi aq kat situ..proses ni dua kali untuk gigi atas dan bawah..

macam ni lah rupa acuhan tuu cuma aq yang besi..

Tahap kesakitan:0%

SET TARIKH APPOINTMENT UNTUK PEMASANGAN BRACES

Lepas disuruh tunggu kat luar tuu,, Nurse pon panggil la aq ke kaunter untuk dia bagi tarikh pemasangan braces..mase tu tarikh untuk bulan 8 semua dah full..So,tinggallah bulan 9 jer..dalam hati aq cakap lame gileeee lagi kot nak pakai, takpelah redhoo asal boleh pakai sudah..So, aq ambik tarikh 4/9 ..tuu yang paling awallah tuu..lepas tu balik laa tidoo hahaha

PENUKARAN TARIKH APPOINTMENT

Disebabkan aq masuk Universiti pada tarikh appointment aq tersebut, Abah aq contact doc balik untuk cepatkan tarikh klu ade kosong sebab takut tak sempat nak pergi Universiti tu laa..doc pon cakap klu ade nanti dia confirmkan balik..

Dan Alhamdulillah beberapa hari kemudian doc cakap dia boleh awalkan iaitu pada 25/8..aq pon lega la sikit sebab tak bertembung dengan tarikh masuk U aq tuu..

Ehh..tapi lepas beberapa hari kemudian doc call balik cakap adelagi tarikh yang dia boleh awalkan iaitu pada 13/8..huhu..aq pon apelagi malam tuu terus pergi cabut gigi laa sebab ade mase semnggu lagi nak pakai benda alah tuu..haha

PROSES CABUTAN GIGI

So, malam tuu aq pi klinik cabut gigi la kann..tapi disebabkan gigi aq ni ade yang berlubang satu dan aq rasa dia dah start rase sengal..aq mintak doc tu tampung gigi sekali tapi bayaran untuk yang tampung ni bayar sendiri laa sebab dia tak termasuk dalam proses pemakaian braces tuu..
Mase ni aq cabut 2 batang gigi..masa proses cabut gigi bawah sumpah tak rasa apa-apa pun tapi gigi atas jer rase la sikit sakit tuu tapi takdela sampai nak meraung menangis kann..mcm kena gigit semut gatai jaa..and dalam beberapa hari kemudian aq datang lagi untuk proses cabutan yang kedua..yang ni pun rasa sikit ja sakit..

Tahap kesakitan:10%

PROSES PEMAKAIAN BRACESS

Masa proses pemakaian braces ni, dia ambik dalam masa sejam setengah jugak nak siap..proses2 dia tuu korang tengoklah dekat youtube ade banyak proses nak pkai braces ni..tak larat nak cite satu persatu kat sini..Mase ni prepair laa nak pilih getah warna apee hehe..Aq pilih baby blue..korang pulak macam mana? huhu

Then, siaplah pemakaian braces kite..first day pakai memang korang akan rasa tak selesa gilee..rasa macam air liur tuu nak meleleh sokmoo..haha
Masa mula-mula pakai tu tak rasa ape2 lagi gaiss tapi..korang tunggu laa dalam beberapa jam lagi..denyut-denyut gigi hangg nahh..aq smpai tidoq kluar air liur basi duk ternganga jaa dari semalam haha..

Tahap kesakitan:0%

Untuk entry yang akan datang aq akan cite macam mana rasa dalam seminggu anda pakai bracess.. so, TUNGGULAH YEE!! ^^