Pages

Sunday 17 January 2016

Dia adalah Satu untukKu

Saat kita merangkak kepada Allah,
Allah akan berjalan kepada kita.

Saat kita berjalan kepada Allah,
Allah akan berlari kepada kita.

Namun kita manusia tidak pernah sedar dengan semua itu,
Kerana terlalu leka dengan nikmat Dunia.

Allahurabbi.

Aku tahu Allah sentiasa melihat segala perilaku aku
Tapi kenapa aku tidak pernah takut atas segala dosa yang aq lakukan ?

Aku lelah aku sesak dengan dosa dan maksiat ini
Kadang diri ini penuh dengan rasa sesal dan ketakutan

Tapi itu semua hanyalah sementara, 
Saat jiwa sedang bergelodak dengan maksiat
Rasa sesal dan takut itu entah ku campak kemana.

Allah, aku tidak mampu untuk mengawal perasaan dan nafsu aku sendiri
Tapi berangan angan untuk masuk ke syurgaMu

Ya Allah, Aku malu dengan diri aku
Aku malu untuk tampil dihadapanMu dengan diri yang sedemikian rupa.

Namun, aku tahu. 
Engkau tidak memandang semua itu
Engkau tidak pernah melihat semua itu
Kerana Engkau adalah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
terhadap hamba hambaMu.


Aku tidak akan pernah berhenti memohon kepadaNya
Walau diri ini sering tersungkur ke jalan yang salah
kerana aku tahu 
Dia sentiasa berada di sampingku.

Disamping Kita ...