Pages

Friday 26 February 2016

Anak Muda Akhir Zaman

Wahai Anak muda akhir zaman,

Kamu adalah anak anak muda yang sering leka dengan dunia, yang sibuk mengejar pangkat dan wang ringgit sehingga kadang kadang masamu dengan Tuhan Yang Esa tidak kau luangkan.

Namun, kalian tidak sedar bahawa Mati itu tidak menunggu kalian, bila bila masa sahaja dia akan datang dan mengambil nyawamu.



Tidak Salah untuk mencari rezeki dan menjayakan kehidupanmu, tetapi janganlah kau habiskan masa mu hanya untuk hal keduniaan, fikirkan juga yang engkau akan ke Akhirat jua kelak. Cukupkan bekalanmu untuk kesana juga kerana dunia ini tidak punya apa-apa kalau hendak dibandingkan dengan dunia Akhirat.

Apakah kamu tidak takut dengan Azab yang Allah bakal berikan ?

Di saat semua orang dibangkitkan di padang masyhar, yang masing-masing sibuk dengan urusan sendiri mencari mana silapnya diri. Tetapi sayang, waktu itu pintu taubat tidak akan dibukaNya semula, semuanya sudah tamat untukmu dari engkau menghembuskan nafas yang terakhir.



Beringatlah Wahai Anak anak Muda Akhir Zaman,

Ingatlah akan dosamu yang tidak akan lupus jika tidak dengan amalanmu,

Ingatlah yang masa tidak akan menunggumu kecuali kamu yang mengejarnya,

Ingatlah, bahawa pangkat dan wang ringgit tidak akan membantumu di akhirat, kecuali amalan-amalanmu dan Al-Quran.

Dan Ingatlah bahawa Azab dan ganjaran Allah sangat besar di sana.

Aku hanya dapat memberikan peringatan buat kalian juga buat diri sendiri, bukan aku yang dapat mengubahmu, bukan ibu ayahmu, bukan kawan-kawanmu tetapi hanya dirimu sendiri.

Beringatlah sebelum terlambat.
Wahai anak-anak muda seangkatanku.