Pages

Tuesday 22 November 2016

Tips manfaatkan minggu sebelum exam ^^

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera kepada semua.

 Alhamdulillah hari ini aku diberi kesempatan lagi untuk menulis serba sedikit entry di blog yang dah lame berhabok ni. Al maklumlah kan sekarang orang ni dah jadi student Matriks. huhu. So,bak kata orang budak2 matrik ni kan busy kena rushing bagaii. haa betollah tuu. huhu.



Aq senanya nak la jugak tulis entry pasal macam mana kehidupan di matrik, mesti ramai yang nak tahu an? takpe2 aq akan manfaatkan cuti sem aq 3 mnggu ni untuk cerita semua pasal matrik tapi hari ni aq just nak share tips macam mane nak hadapi study week sebelum exam. Alaa, korang yg bace ni mesti semua student an kalau tak, takkanla search entry camni..

Ok,first thing yang korang kena manfaatkan masa study weeks is...


  • BUAT TIMETABLE 


Haa point ni penting sangat2! Ingat, setiap student tak kira la student ape2 pon mesti kena ada jadual mereka sendiri sebab kita ni manusia yang mudah lupa. Cuba korang fikir, kalau korang tak buat jadual, korang takkan dapat manage untuk tekankan subjek yang korang sukar nak fahami.

Aq bagi contoh diri aq la kan, aq kalau tak buat jadual aq akan buat latihan untuk subjek yang aq minat lebih berbanding dengan subjek lain sebab aq rasa subjek lain tu aq tak boleh faham dan susah nak buat. So, masa exam subjek yang aq tak faham tu la yang aq selalu FAIL!

Jadi, korang kenalah pandai membahagikan masa untuk study lebih sikit untuk subjek yang korang tak faham, tapi jangan tinggalkan pulak subjek yang korang dah faham tu. Buat revision jugak ye.

Seterusnya adalah..


  • BANGUN AWAL PAGI DAN BUAT AMAL IBADAT 


Ok, point ni pun penting jugak kerana kita sebagai seorang yang sedang berjuang untuk menuntut ilmu ni perlu kebergantungan yang tinggi kepada Allah. kerana masa ni la syaitan banyak menghasut,menggoda, mengacau dan bermacam meng meng lagi laa..

sebabtu la masa nak exam camni banyak yang kena histeria laa, stress sampai nak bunuh diri la, macam2 lagi laa..haa ni golongan2 yang iman dia tak berapa nak kuat la ni. So, manfaatkan masa korang untuk belek sikit Al-Quran, buat solat sunat barulah jati diri kita tu teguh dan kuat untuk belajar.  kan?

then..

  • PILIH WAKTU YANG OTAK KORANG AKTIF UNTUK BELAJAR

Masa korang nak belajar tu, make sure benda yang korang study tu dijamin masuk dalam kepala otak korang. Jangan pulak buat syarat kena bukak buku je ape benda yang korang study sepatah habok tak masuk buat ape kan. buat rugi masa jer.

Setiap orang mesti ada masa yang diorang boleh masuk bila study waktu tu, ada yang suka study lewat malam ada yang suka bangun awal pagi. itu ikut jenis orang la, kalau aq ni waktu aktif aq lepas maghrib hingga pkul 11.30 and aq akan tido dan bangun pulak awal pagi. huhu

Akhir sekali, beberapa point ni

  • Jumpa lecturer korang untuk bertanyakan soalan.


korang jangan fikir, jumpa lecturer ni buang mase tau sebab dengan kita bertanya ni laa kita akan tahu apa yang kita tak faham, tapi sebelum jumpa tu cari dulu soalan2 yang korang tak boleh buat. Malam tu try dlu buat latihan, kalau tak nanti korang tak tahu nak tanya ape.Satu lagi bile kita jumpa guru kita ni, keberkatan tu lebih terbuka tau. So, jangan malu2 nak pergi tanya lecturer korang.

  • buat study group untuk subjek2 yang korang rasa perlu dibincang.


Study group ni penting sangat kalau kita belajar, nak tahu sebab apa? korang pernah baca tak satu artikel yang mengatakan 70% ilmu yang kita belajar datang daripada dalam kelas. tuu kalau korang fokus la, haa ni same la kalau buat study group, dia ibaratkan kita belajar dalam kelas ramai2 and ada two way communication dengan orang yang mengajar kat depan.

Study group ni kita boleh buat macam2 cara tau, contohnya.. korang boleh bahagi2kan tajuk setiap sorang dari group korang and mintak diorang mengajar kat depan. ape2 soalan korang lontarkan je kat diorang kalau semua tak faham, catat and esok korang boleh tanya lecturer korang.

  • Telefon mak ayah korang banyak2

kalau korang rasa macam tak boleh nak study ke malas ke, telefon mak ayah korang mintak kata2 semangat InshaAllah hati kita terbuka untuk belajar balik. Jangan lupa minta mak ayah korang doakan korang selalu.

  • Jauhi masalah dengan kawan2

Masa nak exam ni jangan cari masalah dengan sape2 pun. ye la kan masa nak exam ni la emosi kita tak stabil so, cakap sikit mesti rasa nak melenting kan? Jadi, banyakkan bersabar kalau ada jenis kawan2 yang suka menyakitkan hati kita itu, try jangan cari gaduh dengan dia sebab ini akan menggangu konsentrasi korang bila nak belajar.

  • Jauhi gajet2 yang menghilangkan fokus anda bila nak study

Haa, point ni la biasanye anak2 melayu kita susah nak ikut. lebih2 lagi orang yang ada buah hati tu, mana boleh berenggang lame2 an?. Jadi, masa korang nak study try letak jauh2 gajet korang tu, One more thing, jangan cuba2 nak dengar lagu masa koran study sebab aq boleh gerenti takkan masuk punye kalau korang dengar lagu caye lah.

Ok, aq rasa tu jela kot tips yang aq boleh bagi kat korang . Ade lagi senanya tapi tak larat nak tulis panjang2 nanti la kalau ada masa aq sambung balik. ^^

I'll Stop here. Hope u're enjoy it . GoodBye :*