Pages

Monday 28 March 2016

Test kereta.. kacang jer.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Terima kasih Ya Allah kerana diberi nafas lagi pada aku hari ni. huh! ^^

yee.. nampaknya aku kembali lagi kepada kau blogg~~

Hari ini nothing much aku nak cerita just santai2 ja ..

Haa aku nak cerita macam mana pengalaman aku baru-baru ni masa nak ambik ujian memandu.
huhu.



Oke, pada mulanya macam biasalah korang datang pagi2 sebelom pukul 8 and tunggu di tempat yang disediakan untuk pelajar2 yang nak test hari tu.

Masa aku datang pukul 8 tu memang tak start lagi la ape2. JPJ pon tak datang lagi jadi kami tunggu jela dekat sekitar tempat yang disediakan tu sebab kalau nak duduk semua tak muat jugak sebab bukan 10 orang jer test hari tu saje..mase aku tu lebih kurang nak dekat 100 orang maybe. Ramaaiii!!

Tapi.. naseb baik turn aku awal2. aku dapat sesi pertama. kalau nak tahu turn korang bile korang kena check nama korang dekat senarai yang disediakan dekat papan2 berdekatan. Carilaa~~ tapi sebelum dtg test tu kebiasaannya cikgu korang dah suruh tengok nama dulu.

Masa aku haritu JPJ datang dah lebih pukul 9 dah pun. Jenuh menunggu tau --'

Sebelum kedatang pihak jpj kami diberi nombor giliran oleh cikgu dekat situ. Mula-mula diorang panggil siapa yang mengulang sesi 1 dulu. Then, baru la budak-budak yang sesi 1 dipanggil pulak. Haa perkara yang korang wajib bawak masa ujian memandu adalah resit bayaran (bayaran untuk test) , lessen L dan kad pengenalan. Masa cikgu panggil tu kami beratur ramai2 then tunjuk resit dekat cikgu lepastu dia akan bagi angka giliran.

Lepastu dia akan panggil yang sesi lain pulak dan begitulah seterus-seterusnya sehinggalah habis and JpJ pon dah sampai.

Haa,, masa jpj sampai tu kami disuruh beratur sekali lagi mengikut sesi yang dipanggil bagi menghadap jpj pulakk... bukan cikgu dah!! haha! wait, jangan serious sangat, bukannya diorang nak check korang ke ape. Macam tadi la jugak tapi yang ni kita kena bagi lessen L dan nombor kad pengenalan kita pulak dekat dia.

Lepastu, korang cari lah tempat duduk cepat2 sebab takut tak dannn..huhu. sebab lepasni pihak jpj akan bagi taklimat tentang macam mana pergerakan pada hari tu. So, korang don't worry laa.. ape2 yang korang tak tahu tanye je dekat dia masa dia bukak time soal jawab akhir-akhir nanti.

Oke! selesai je semua tu dia akan panggil kita buat Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK) dan Rutin Sebelum Memandu(RSM) dahulu.Cikgu akan panggil nama kita dan bagi kertas besama dengan lessen L dan Kad Pengenalan. Dia akan suruh kita tunggu di tempat nak buat RPK dan RSM tu sehinggalah jpj suruh buat.So, masa nama korang dipanggil buatlah segala perkara yang korang belajar selama 3 bulan lebih tu. Jangan risau, diorang baik jer ..huhu. Tuu masa aku la. Time korang nanti, InshaaAllah baik jugak. hehe.

Lepas selesai buat semua tu, korang kena bagi kertas tadi dekat cikgu ( adalah nanti diorang ckp cikgu mana korang kena bagi borang tu). Then, korang tunggu giliran korang untuk test dalam litar dengan jalan raya pulak. Mungkin dia akan suruh test jalan raya dulu ataupun test dalam litar dulu. Kalau masa aku tu, aku kena pi jalan raya dulu . Cikgu akan panggil nama korang dan dia akan bagitahu kereta mana korang kena naik. Borang tadi tu ambik pegang dan bagi pada jpj yang dalam kereta.

So, ni takdir korang lah dapat jpj yang baik hati atau tak.huhu. Tapi takpe, just do your best. Kalau korang tak buat salah InshaaAllah lulus. ;)

Haa tapi ingat, sebelum memandu kena buat RSM balik sbelum gerak kereta kalau takkk.. potong 19 markah. mmg awal2 fail lah. So, beware yep. hehe.

Lepas selesai buat jalan raya, jpj akan suruh kita sign dekat borang tadi bagi yang lulus laa. kalau tak lulus rasanya dia tak suruh sign. Kalau aku haritu dia suruh sign sebab lulus. huhu. Mula2 tu aku blurr jugak, ingat tak lulus sebab dia suruh balik awal sangat. x smpat habis lagi jalan. Tapii.. lulus rupanyaa..huhu.

Lepastu korang bagi borang tu dekat cikgu tadi balik then tunggu lagi. Lepastu dia akan panggil, dan bagi satu kereta untuk buat litar pulak.. mula2 korang kena buat bukit dulu, then parking and akhir sekali kos S dan Kos Z.

Masa bukit tu, korang gerak je mcm biasa sehinggalah sampai dekat bawah bukit tu, korang tunggu arahan daripada jpj. Kalau dia suruh naik baru korang naik. Then, gerak mcm biasala sampai garisan kuning Stop!. lepastu kalau puas hati angkat tangan dan bagitahu nama kuat2. kalau dia suruh gerak, korang geraklah mcm biasaa. hati2 biasanya dekat bukit ni ramai orang gagal. KOrang jangn nervous sangat masa buat bukit. Abaikan apa orang cakap pasal bukit. huhu.

Nak pergi ke parking tu ada cikgu akan tunjuk kena pi parking P1 ataupun P2. P1 dan P2 tu adalah dua tempat parking yang berbeza. So, korang pergilah dekat tempat parking yang diberitahu. Masa dekat parking tak payah tunggu jpj panggil baru buat, just buat jer sebab memang dah giliran kita. buat mcm biasa. Apabila kereta dah masuk dalam parking, angkat tangan dan jpj akan suruh keluar. Lepastu keluar dan pergi ke parking tiga penjuru pulak.

Haa dekat parking ni la korang kena hati-hati sikit. sebab dia akan kira hanya 3 pergerakan so, kalau korang berhenti melebihi 3 kali. CONFIRM! Fail!! Lepas buat ni dia akan bagi kertas tadi dekat korang balik.

Lepas siap semua, pi pulak dekat kos S. dekat sini korang kena tunggu dulu sampai jpj panggil sebab mungkin ada orang tak habis buat lagi. kalau masa aku tu akan ada cikgu ambik kertas tadi dari dalam kereta dan bagi pada jpj.

Apabila jpj dah panggil, korang buat la kos S dan untuk kos Z tak payah tunggu jpj panggil terus je buat sebab maybe dia kira sekligus. Selepas selesai S dan Z pi simpan kereta dekat tempat yang kita ambik mula-mula tadi. Lepastu, pergi sign borang dekat jpj kos S dan Kos Z td. Ambuk borang tu dan bagi pada cikgu dekat tempat tunggu tu.

Cikgu akan suruh tunggu then dia akan panggil nama korang balik. Lepas dia panggil, kalau korang lulus boleh pi ambik satu borang dekat pejabat untuk buat lessen P. huhu!

So, that's mean, korang akan dapat lessen la nanti. huhu. Untuk maklumat lain, pi Tanya cikgu-cikgu yang mengajar korang. ^^

That's All from me.
GoodLuck for your test!!
^^



No comments:

Post a Comment

Untuk pertanyaan boleh tinggalkan komen disini ^^